Sunday, February 6, 2011

Sejarah Kota Tinggi


Kota Tinggi dikenali sebagai sebuah bandar sejarah kerana Kesultanan Johor diasaskan di sini. Terdapat banyak makam sejarah di sini, termasuk Makam Laksamana Bentan yang cukup terkenal pada zaman dahulu.Kematian beliau akibat kemurkaan Sultan Mahmud ketika itu sehingga menyumpah tujuh keturunan beliau tidak boleh menjejak kaki di Kota Tinggi.Sekiranya ada dikalangan keturunannya menjejakkan kaki ke Kota Tinggi maka muntah darahlah keturunan beliau.



Nama Kota Tinggi juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kota Tinggi adalah nama yang terbit daripada keadaan muka buminya yang bertanah tinggi. Mengikut sejarah, nama Kota Tinggi diberi oleh Sultan Mahmud kerana Kedudukannya yang terletak lebih tinggi daripada aras sungai.

Lembah Sungai Johor merupakan wadah kesinambungan Kesultanan Melayu setelah gugurnya Melaka pada tahun 1511. Dengan mengambil kira tahun 1529 bermulanya pusat Kerajaan Johor di Pekan Tua (Pasir Raja) dan diikuti oleh Johor Lama dalam tahun 1540 bererti tamadun Melayu telah bertapak di Kota Tinggi selama lebih 400 tahun. Di lembah Sungai Johor inilah lahirnya Tun Sri Lanang Pengarang Melayu tersohor dan terawal menghasilkan Sejarah Melayu, sebuah historiografi Melayu yang agung. Dilembah sungai ini juga dikatakan lahirnya Badang, manusia yang mempunyai kegagahan luar biasa.

No comments:

Post a Comment